INSTRUMEN BECK DEPRESSION INVENTORY II (BDI II) & REYNOLDS ADOLESCENT DEPRESSION SCALE (RADS)
Tak Kenal Maka Tak Cinta ๐
Hi...Assalamualaikum dan Salam Perkenalan kepada Semua ๐
Blog ini dihasilkan adalah bertujuan untuk berkongsi berkaitan dengan Kesihatan Mental terutamanya tentang kemurungan di dalam kalangan masyarakat. Selain itu, akan berkongsi berkaitan instrumen yang digunakan dalam mengukur tahap kemurungan seseorang individu. Pada blog ini, akan mengfokuskan kepada dua instrumen iaitu Beck Depression Inventory II (BDI II) yang diasaskan oleh Aaron T Beck yang merupakan seorang ahli psikiatri pada tahun 1950-an. Manakala instrumen seterusnya ialah Reynolds Adolescent Depression Scale (RADS) yang diterbitkan pada tahun 1987 oleh Willian M. Reynolds.
Sebelum penerangan berkaitan kedua-dua instrumen tersebut, ayuh kita berkenalan dulu dengan Kesihatan Mental .
Kesihatan mental adalah satu keadaan yang sejahtera dimana seseorang individu menyedari tentang keupayaan diri, dapat mengendalikan tekanan dengan baik dan dapat melakukan aktiviti harian dengan baik. Manakala, Dasar Kesihatan Mental (2012 dalam Abdul Rashid Aziz (2020)) mentakrifkan kesihatan mental sebagai kemampuan individu, kelompok dan persekitaran untuk berinteraksi antara satu sama lain bagi mempromosikan kesejahteraan subjektif secara optimum dan penggunaan keupayaan kognitif,efektif dan perhubungan ke arah pencapaian matlamat individu dan kumpulan.
Kemurungan merupakan salah satu daripada masalah kesihatan mental. Kemurungan
didefinisikan sebagai kehilangan minat dan juga kegembiraan dalam menjalankan
rutin harian sekurang-kurangnya dalam masa dua minggu berturut-turut. Menurut
Mohd. Sufian (2004), kemurungan adalah suatu masalah yang berlaku disebabkan
ketidakseimbangan emosi di mana biasanya dialami oleh individu yang berdepan
dengan kekecewaan atau tekanan dalam menjalani kehidupan seharian mereka.
Selain itu, menurut Mohd Hussain dan Ahmad Hatim (2006), mendapati bahawa
kemurungan berlaku apabila terdapat gangguan dalam proses pemikiran seseorang
individu.Individu yang mengalami masalah kemurungan kerap menjauhkan diri
daripada sosial disamping mengalami gejala emosi yang tidak menentu. Selain
itu, berlaku perubahan pemikiran, emosi, perasaan dan tingkah laku yang
menyebabkan kehidupan seharian menjadi sukar dan jika tidak
dirawat ia akan
memberi kesan yang
buruk kepada individu
dan masyarakat (Yahya
& Md. Sham, 2020).
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah melaporkan bahawa
separuh daripada penyakit mental bermula sejak usia seawal 14 tahun kerana
kebanyakkannya tidak dapat dikesan dan mendapat rawatan pada peringkat awal
(Berita Harian, 2018 dalam Siti Nazurulaina Haji Aripin, et., al. (2021)).
Statistik penyakit mental bagi golongan dewasa menunjukkan peningkatan daripada
10.7% pada tahun 1996 kepada 12% pada tahun 2011.Selain itu, berlaku juga
peningkatan bagi golongan kanak-kanak dan remaja yang berumur 15 tahun ke bawah
dengan peningkatan sebanyak 20% pada tahun 2011 berbanding 13% pada tahun 1996
(Siti Nazurulaina Haji Aripin, et.,al.(2021).Manakala, di Malaysia masalah
kesihatan mental ini juga dilihat semakin menunjukkan peningkatan dimana hasil
kajian menunjukkan bahawa seramai 4.2 juta rakyat Malaysia dalam lingkungan
usia 16 tahun keatas atau 29.2% daripada populasi negara didapati mengalami
masalah kesihatan mental (Berita Harian,2018 dalam Siti Nazurulaina Haji
Aripin, et., al (2021)).
Alat
pengukuran merupakan satu kaedah atau teknik yang boleh digunakan untuk
mengukur tingkah laku atau membantu dalam pemahaman dan tingkah laku. Oleh itu,
pengukuran adalah proses untuk memberikan nilai berangka
terhadap sesuatu objek atau kriteria bagi seseorang individu mengikut peraturan
atau formula yang eksplisit. Antara perkara yang diukur dalam pendidikan adalah
kecerdasan pelajar, pencapaian akademik, kriteria pelajar, minat terhadap suatu
mata pelajaran, dan sebagainya (Scannell & Tracy 1975). Manakala, pengujian
pula adalah satu prosedur yang sistematik bagi mengukur perubahan tingkah laku
individu dan menghuraikan dengan bantuan skala bernombor atau sistem yang
berkategori (Cronbach, 1970). Contoh skala bernombor seperti angka 30/100 untuk
ujian penglihatan, 100 untuk ujian darjah kecerdasan (IQ test). Manakala bagi
sistem berkategori seperti โekstrovertโ atau โintrovertโ bagi ujian
personaliti. Oleh
itu, alat pengukuran juga telah digunakan dalam mengukur tahap kemurungan
individu. Dua instrumen yang dipilih dalam mengukur tahap kemurungan adalah Beck Depression Inventory II (BDI II) dan Reynolds Adolescent Depression Scale (RADS
perkongsian terbaik....mohon izin untuk share dgn kwn2 ye๐
ReplyDelete